Adakah anda biasa dengar jururawat-jururawat mengadu tentang mereka bosan bekerja?? Penat bekerja??
Letih?? Tak ada masa nak sembang dengan pesakit sebab sangat sibuk?? Tak siap kerja lagi lah?? Pesakit mengada-ngada saja?? Tidak
cukup jururawat?? Tidak bersemangat untuk bekerja??
Sebagai seorang pelajar jururawat, saya menggunakan
sekurang-kurangnya 10 minggu untuk praktikal dalam hospital setiap semester. Dan
dalam setiap semester, saya akan bertugas di wad-wad yang berbeza dan bekerjasama
dengan para jururawat yang berbeza. Jadi, kadang kala saya akan terdengar perkataan-perkataan
dan ayat-ayat sebegini. Sudah tentulah, kebanyakan jururawat yang saya temui
adalah jururawat yang baik, bertanggungjawab and prihatin terhadap pesakit
mereka.
Isu yang saya ingin bincangkan adalah apakah penyebab yang mendorong sesetengah
jururawat ke arah – ‘‘kerja untuk kerja’’ sahaja, perasaan prihatin dan
penyayang terhadap pesakit semakin berkurang dalam kalangan mereka.
Penyebab pertama adalah kebebanan
kerja yang berat dipikul oleh seseorang jururawat terlatih. Sebagai seorang
jururawat terlatih, pada setiap hari dan setiap syif, berbagai-bagai kerja perlu
disiapkan dalam masa 7 jam (syif pagi: 7 pagi sampai 2 petang, syif petang: 2
petang sampai 9 malam, syif malam: 9 malam sampai 7 pagi). Jururawat terlatih akan
mula syif mereka dengan ‘’pass over report’’ daripada jururawat syif
sebelumnya. Mereka perlu diberitahu tentang keadaan
semasa pesakit, rawatan yang telah diterima oleh pesakit, jaga rawatan selepas
prosedur, pesanan daripada doktor dan sebagainya. Selepas itu, jururawat perlu menukarkan
cadar dan mengemaskan katil setiap pesakit. Bagi pesakit yang tidak boleh
bergerak dan berjalan, jururawat perlu membersihkan badan pesakit atas katil,
menukar lampin dan juga baju yang bersih. (Dalam wad-wad perubatan, biasanya seorang
jururawat akan menjaga enam orang pesakit setiap syif.) Selepas itu, jururawat
perlu mengambil dan mengawas tanda-tanda penting (vital sign) setiap pesakit seperti
tekanan darah, suhu badan, kadar pernafasan dan kadar nadi, menyediakan dan memberi
ubat serta mencuci luka pesakit. Bagi pesakit yang ada masalah untuk menelan
atau mencerna, jururawat juga perlu menyediakan dan memberi susu mengikut
laluan tiub yang disediakan.
Selain daripada itu, seseorang jururawatan
perlu ‘’ward-round’’ (memeriksa dan merancang rawatan bagi setiap pesakit)
sekali dengan doktor-doktor, menjawab soalan-soalan yang ditanya oleh doktor
tentang pesakit dan bekerjasama dengan doktor untuk memberi rawatan yang paling
efektif kepada pesakit. Setelah ‘’ward-round’’, jururawat perlu melaksanakan semua
jagarawatan yang telah dirancangkan seperti mencucikan luka pesakit, menukar tiub makan
pesakit, memasukkan atau mengeluarkan tiub untuk membuang air kecil, menghantar
pesakit untuk mengambil x-ray, CT scan dan sebagainya.
Beban kerja jururawat
yang banyak dan meletihkan adalah salah satu punca yang menyebabkan jururawat
kurang masa dan tenaga untuk memberi prihatin dan sokongan mental terhadap
pesakit yang dijaga. Mereka menghadapi masalah kekurangan masa untuk menduduk
dan menyembang dengan pesakit secara tenang dan relaks.
Penyebab kedua yang
mendorong ke arah ‘’kerja untuk kerja sahaja’’ adalah sesetengah jururawat
sudah berasa bosan terhadap kerjanya
sebagai seorang jururawat. Rutin kerja yang berulang-ulang setiap hari sangat
membosankan sesetengah jururawat terutamanya golongan jururawat yang sudah lama
berkhidmat. Satu kajian daripada University
of Maryland menyatakan bahawa 87% pekerja yang berkhidmat dalam pekerjaan yang
sama lebih daripada 5 tahun akan menjadi bosan terhadap pekerjaannya dan akan
menyebabkan pekerja itu kurang bersemangat semasa bekerja. Daripada para jururawat
yang saya kenal, saya pernah bertanya beberapa orang jururawat terlatih yang
sudah bekerja lebih daripada 5 tahun dalam wad yang sama tentang perasaan
mereka terhadap kerja sebagai jururawat. Lebih kurang separuh daripada mereka memang
mengakui bahawa sudah rasa bosan terhadap kerjanya dan perasaan kasih sayang dan
prihatin terhadap pesakit pun semakin berkurangan. Penyataan daripada sesetengah
jururawat, kerja adalah untuk mendapat gaji setiap bulan dan meneruskan
kehidupan mereka. Sesetengah daripada mereka pula kata kerja macam robot, sibuk
kerja setiap hari, lepas kerja balik rumah sudah letih dari segi fizikal dan
mental.
Antara langkah-langkah
yang boleh dilakukan oleh seseorang jururawat untuk mengelakkan daripada
kebosanan terhadap pekerjaannya adalah seperti berikut:
1. Pertama,
jururawat yang sudah lama berkhidmat dalam wad/displin yang sama boleh cuba memohon
untuk bertukar ke wad/displin yang
berbeza. Dengan pertukaran ini, seseorang jururawat itu boleh belajar kemahiran
dan pengetahuan yang baru di tempat dan displin yang berbeza. Sebagai
contohnya, seorang jururawat yang sudah 10 tahun bekerja di wad onkologi boleh
memohon untuk bertukar ke wad psikiatri untuk belajar ilmu-ilmu yang baru
tentang penyakit mental seperti kemurungan, penyakit skizofrenia dan lain-lain
lagi. Ini akan memberi peluang yang baik untuk menambah ilmu dan meneruskan
minat dan semangat seseorang jururawat dalam kerjayanya.
2. Kedua,
jururawat yang sudah mempunyai pengalaman klinikal yang mencukupi boleh melanjutkan pelajaran daripada peringkat
diploma ke ijazah, sehingga ke doktor falsafah. Selepas mendapat
ijazah, jururawat klinikal tersebut boleh menuju ke arah akademik untuk menjadi tutor atau pensyarah kepada
pelajar jururawat. Sekiranya seseorang jururawat itu tidak minat dapat bahagian
akademik, dia juga boleh meneruskan kerjayanya dalam bahagian pengurusan seperti
menjadi ketua jururawat, pengurus wad-wad ataupun melibatkan diri dalam peringkat
atasan pengurusan hospital. Selain daripada itu, seseorang jururawat juga boleh
memilih untuk khusus dalam bidang tertentu seperti kebidanan, kecemasan,
anaesthesia, perawatan gerontology, perawatan oftalmik, perawatan onkologi,
perawatan ortopedik, perawatan koronari, perawatan neonat, diabetes, forensic,
kawalan infeksi dan sebagainya.
3. Ketiga,
seseorang jururawat yang sudah bosan dan merasa keletihan dari segi fizikal dan
mental terhadap pekerjaannya boleh bercuba untuk melancong dengan keluarganya ataupun kawan-kawannya untuk
merehatkan badan. Bak kata pepatah, otak
yang cerdas lahir dari badan yang cergas. Berbincang dengan ketua jururawat
wad dan cuba untuk memohon cuti (dua atau tiga hari pun sudah cukup) dan menggunakan
cuti itu untuk menyegarkan badan dan minda.
4. Keempat,
sentiasa mengingatkan Tuhan
yang mencipta kita. Tuhan mengajarkan kita supaya sayang antara satu sama lain.
Sebagai jururawat, kita mempunyai peluang yang banyak untuk menunjukkan sifat kasih
sayang dan prihatin terhadap orang lain terutamanya pesakit yang mengalami
kesakitan, kerisauan dan ketakutan serta ahli keluarga pesakit. Oleh itu,
cubalah sayang orang lain seperti Tuhan sayang kita.
5. Kelima,
jangan lupa semangat dan niat baik
semasa mula-mula ingin menjadi seorang jururawat. Sentiasa mengingatkan niat
yang ingin membantu orang yang sakit, orang yang dalam sengsara dan berkongsikan
kasih sayang dan ilmu yang ada dengan orang yang perlu.
When you feel like quitting, think about why you started!
Hi Bernice,
ReplyDeleteSebenarnya bukan sahaja staffnurse berfikiran macam itu, sebagai pelajar, saya kadang kala juga berfikir macam itu dan sering bertanya kepada diri sendiri, kenapa saya perlu belajar begitu banyak? Mengapa saya asyik posting sahaja? Saya rasa semua manusia akan ada fikiran seperti ini tidak kira apa kerjaya kita ceburi,tetapi yang paling penting kita kena dapatkan satu cara yang sesuai dengan kita untuk teruskan perjuangan hidup.
Saya amat setuju dengan langkah-langkah yang kamu ulaskan. Selain itu, kita juga perlu mendapatkan seorang yang boleh kita luahkan perasaan kita.
Orang tersebut perlu sanggup mendengar rungutan kita dan boleh memberi nasihat yang membantu. Dengan ini, tekanan yang kita hadapi setiap hari dapat dikurangkan walau sedikit dan kita akan ada semangat untuk meneruskan kerjaya kita.
Yang penting sekali, ingat balik niat kita.
when you feel like quitting, think about why you started!
(copy ayat blog orang~ ><)
TAN JIA YEE A138200
ya, sama dengan pendapat Jia Yee.
DeletePada pendapat saya, tidak kira kita menjadi doktor, peguam, jururawat, polis dan apa-apa pun pekerjaan, yang paling penting adalah niat untuk membantu orang.
Hi Bernice
ReplyDeleteHaha Comel cara awak tulis dan ceritakan masalah dalaman jururawat. Betul tu, kita kena selalu upgrade diri sendiri supaya kita jumpa benda atau peluang yang baru dalam kehidupan. Manusia perlu mencapai sesuatu dalam kehidupan supaya hidup rasa lebih bermakna.
Terima kasih.
Nur Fatin Binti Ramli A138012
ya, memang amat penting untuk sentiasa ''upgrade'' diri sendiri kita samada dari segi ilmu pengetahuan, kemahiran ataupun sikap kita kepada arah yang positif.
DeleteHi ber
ReplyDeletenice sharing... saya sokong apa yang bernice ulas, dan langkah-langkah dan cadangan yang diutarakan amat penting... betul kita mulakan pekerjaan itu dnegan niat yang baik, dan iringi setiap pekerjaan dengan hati yang ikhlas, nescaya ganjaran pahala yang besar untuk para jururawat kerana memudahkan urusan pesakit.. selain itu, kita juga haruslah mempunyai matlamat yang jelas agar kita tahu sebab dan tujuan untuk setaip apa yang kita lakukan.
Siti sara binti Kuseri A138060
Hai bernice, tajuk yang menarik.
ReplyDeletePada pendapat saya, jurawat yang berkerja hanya untuk kerja jarnag melakukan tugasan dengan suakrela. Ada yang membuat kerja tanpa menghiraukan kesakitan pesakit.Yang mereka tahu kerja itu perlu selesai. Mereka hanya memikirkan bebanan dans tress kerja mereka tanpa menghiraukan bebanan sakit dan stress pesakit. Tidak banyak yang sedar, layanan jururawat itu sendiri mempunyai aura yang boleh membantu pemulihan pesakit.
HIZRA FAZLIA MUSA
A138154
betul Lia, sangat setuju bahawa layanan baik jururawat terhadap seorang pesakit dapat membantu dalam proses pemulihan. Jururawat yang sentiasa mengambil berat terhadap pesakitnya akan dapat mengesan sebarang keabnormalan dengan cepat dan bagi rawatan yang sepatutnya.
DeleteHai bernice....
ReplyDeletenice entry...
sometime sy juga berperasaan dan berfikiran macamtu....ye, betul always refresh our 'NIAT' dan dalam Islam dan saya yakin agama lain juga ada menyatakan untuk menjadikan diri kita bermanfaat pada orang lain. selagi kita boleh tolong ,tak kira dari segi apa2 pun even dengan senyuman ia telah memberi kegembiraan pada pesakit dan mempercepatkan proses penyembuhan. kene ingat apa tujuan sebenar kita kat dunia ni...gaji, keseronokan , kemegahan dalam kerjaya hanya lah sementara dan tidak membawa apa2 untuk akhirat.. maka, buatlah apa2 dengan niat kerana Allah......happy kan orang sekeliling mu.... :)
terima kasih mas~
Deleteya, memang betul. Even cuma dengan senyuman pun boleh menyenangkan hati pesakit dan membuat mereka rasa disayangi dan dihargai. Kita perlu bekerja dengan niat yang baik dan sentiasa mengingati ajaran daripada Tuhan yang mengajar kita supaya sayang terhadap orang lain.
'' We love because God loves us, for Love is comes from God''
Hello Bernice.. I agree.. jururwat kebanyakan nya hanya melakukan tugas atas sebab kena lakukan sahaja. Kadangkala apa yang menyedihkan mereka lakukan bukan kerana niat dengan ikhlas tetapi atas sebab kalau tak lakukan nanti kena tindakan. Namun ada juga jururawat yang membebel apabila 'plan care' untuk sesuatu pesakit itu banyak memandangkan dia tidak mempunyai masa dan tidak sempat untuk melakukannya. Dan mulalah perkara yang sepatutnya dia kena lakuan pada masa syif dia, dia akan paskan ke jururawt yang bertugas selepasnya. Ini menunjukkan jururawat tersebut tidak mampu membahagikan masanya dalam melakukan semua tugas yang diberikan.
ReplyDeleteSaya juga ada juga merasakan begitu, namun kita harus cuba mengubah niat kta dan ikhlaskan diri sebab hidup ibarat roda. Mana tahu sau hari nanti apabila kita jatuh sakit, dan dapat jururawat yang menjaga kita seperti aman sikap nya masa kita menjaga pesakit dulu. ^^
Nor hazwani binti Mohd Marzuki A138650
hai bernice, terima kasih atas perkongsian, tetapi saya kurang bersetuju dengan penyebab kedua yang mendorong ke arah ‘’kerja untuk kerja sahaja’’ iaitu sesetengah jururawat sudah berasa bosan terhadap kerjanya sebagai seorang jururawat. mungkin dapatan kajian yang mendapati peratusan mereka yang bosan dengan kerja adalah tinggi apabila mereka melakukan kerja yang sama selama 5 tahun itu sesuai untuk mereka yang bekerja dengan sesuatu yang statik. tetapi untuk jururawat tidak mungkin mereka melakukan perkara yang sama kerana pesakit yang datang ke hospital adalah pesakit yang lain setiap hari, jenis jagarawatan untuk setiap pesakit juga berlainan, mungkin tajuk nursing diagnosis itu sama, tetapi jenis pendekatan yang digunakan itu telah diubahsuai untuk pesakit tersebut sahaja, dan juga dunia perubatan adalah satu bidang yang sangat cepat berkembang sama ada dari sudut teknologi mahupun jenis penyakit itu sendiri, pendek kata hari-hari yang dilalui oleh jururawat mungkin ada rutin yang sama, namun pasti di setiap akhir shift tersebut ada perkara baru yang diperolehi, kecil atau besar, penting atau tidak .namun sy sangat bersetuju dengan langkah-langkah yang bernice cadangkan bagi mengelakkan rasa bosan pada kerjaya. :) t
ReplyDeletekomen diatas ditulis oleh ATIEFAH AMALIANA BINTI OMAR A138265
DeleteBergantung kepada jururawat intu sendiri sama ada mereka betul-betul ikhlas dan seronok untuk bekerja sebagai jururawat. Sebenarnya, mereka tidak harus untuk berasa penat dan jemu kerana kerjaya sebagai jururawat memang mulia. Peluang untuk membuat kebaikan memnag terbuka luas. Jika kita membuat kebaikan, percayalah Tuhan pasti membalas kebaikan kita ^^
ReplyDeleteNorfa Fatihah Mohd Fauzi A138334
Bernice,
ReplyDeletePada pendapat saya, zaman sekarang bukan sahaja "kerja untuk kerja", saya yakin semua kerja untuk mendapat sumber pendapatan. Kerja semata-mata mengejar materialistik, memang akan menyebabkan kita rasa penat. Jururawat diberi peluang yang banyak untuk menolong insan yang perlu bantuan. Kita harus sentiasa berfikir secara positive, membuat baik akan dapat balasan. =)