Video Laryngoscope- alat
membantu proses intubasi
King Vision video laryngoscope adalah alat yang digunakan semasa
intubasi saluran pernafasan pada keadaan kecemasan and bawah penjagaan
kritikal. Alat ini memudahkan proses intubasi kerana ia mempunyai digital video
yang memperbolehkan doktor-doktor melihat keadaan dalam saluran penafasan
pesakit semasa memasukkan tiub penafasan. Alat ini ringan dan senang dikendalikan
dengan reka bentuk yang sesuai. Kamera di hujung alat ini membenarkan
doktor-doktor mempunyai pandangan yang jelas terhadap struktur-struktur dalam
saluran penafasan dan boleh mengelakkan daripada merosakkan tisu-tisu lembut sekeliling.
Enlite
Sensor Serter membantu dalam pemantauan glukosa dalam darah
Glucose Sensor Serter digunakan untuk memasukkan sensor
glukosa ke dalam kulit (intradermal). Sensor glukosa yang dimasukkan ke dalam
kulit dapat memantau glukosa dalam darah secara berterusan. Ini akan membantu
dalam pengawasan glukosa darah dan memudahkan doktor-doktor semasa preskripsi
ubat.
Selain itu, dengan sensor glukosa ini, pesakit kencing
manis tidak perlu lagi merasa kesakitan cucuk hujung jari setiap hari untuk memeriksa
paras gula darah dan ini juga dapat mengurangkan risiko jangkitan kuman pada
pesakit kencing manis.
Nuclear Magnetic Resonance (NMR)
Nanonuklear teknologi
telah digunakan dalam pelbagai cabang dalam bidang perubatan. Antaranya ialah
pengimejan perubatan MRI (Magnetic Resonance Imaging) merupakan salah satu
teknologi yang menggunakan teknologi nanonuklear. MRI merujuk kepada kaedah
penghasilan imej organ dalaman organisma hidup seperti manusia melalui
penggunaan partikel nano dan daya magnet yang kuat mengelilingi badan. Imej
yang dihasilkan dapat memberi gambaran 1000 kali lebih jelas berbanding dengan
bahan kontras(pewarna). Selain itu, imej tersebut dapat diambil daripada
pelbagai dimensi atau sudut. MRI tidak mendedahkan pesakit kepada radiasi. MRI
membantu doktor melakukan kerja-kerja diagnostik penyakit dengan lebih mudah,
cepat, jelas dan tepat.
C2 Driver
memberi kebebasan bergerak kepada pesakit yang mempunyai jantung tiruan
Companion
2 (C2) Driver System adalah sistem mudah alik yang
direka untuk membantu pesakit yang mempunyai jantung tiruan untuk bergerak
dengan lebih senang dan bebas. Ia mempunyai 3 jenis reka bentuk untuk fungsi
yang berbeza.
a)
Hospital Cart- membantu pesakit dalam berdiri dan berjalan pada
pemulihan awal
b)
Driver Caddy- selepas pesakit boleh bergerak dan berjalan, C2
Driver boleh diletakkan dalam Driver Caddy untuk memberi kebebasan molitili
yang lebih. Ia senang dibawa kerana mempunyai roda.
c)
Freedom portable driver- ringan dan senang dibawa ke mana-mana,
berat cuma 13.5pound. Pesakit yang dibenarkan keluar dari hospital boleh balik
rumah dengan C2 Driver System ini untuk menunggu jantung derma yang bersesuaian
di rumah atau komuniti sendiri.
Dengan adanya driver mudah alik ini, pesakit yang mempunyai
jantung tiruan tidak perlu lagi sentiasa tinggal dalam hospital and mempunyai
pergerakan yang terhad. Ini secara langsung akan meningkatkan kualiti kehidupan
seorang pesakit jantung.
Planmed Verity® Extremity
Scanner
Planmed Verity® Extremity Scanner adalah
peranti radiological dan elektromechanikal mudah alik yang digunakan untuk
mengesan patah tulang. Ia berkesan untuk menangkap patah tulang kaki yang halus
dan kecil mana sentiasa terlepas daripada 2-dimensi imej. Ia menggunakan
3-dimensi imej dan mengeluarkan dos radiasi yang rendah daripada CT scan
seluruh badan.
Ia bertujuan untuk imej pra-operasi dan
pos-operasi dengan resolusi yang lebih baik dan dos radiasi yang lebih rendah. Selain
itu, , Planmed Verity boleh menyesuaikan diri dengan pesakit menggunakan program
pengimejan anatomi khusus dan kemudahan pergerakan mesin.
Dengan imbasan yang lebih teliti,
seseorang yang mempunyai patah tulang yang halus boleh dikesan dan diberi
rawatan pada peringkat yang awal untuk mengelakkan keadaan patah tulang dikesan
selepas ia menjadi serius.
Merino wool compression
garments
Compression garments merupakan salah satu
therapi yang dikenali sebagai ‘Encircle Compression
Therapy’, iaitu therapi yang menggunakan mampatan
untuk mengelilingi kaki. Tujuan therapi ini adalah untuk meningkatkan peredaran
darah badan terutamanya di bahagian kaki.
Lebih daripada 40% orang yang berumur 45 ke
atas mengalami masalah peredaran darah seperti tekanan darah tinggi, venous
stasis, varicose vein, deep vein thrombosis (DVT) dan penyakit kronik vena.
Oleh itu, encircle compression garment ini amat penting dalam membantu
peredaran darah yang lebih efektif untuk mengelakkan daripada penyakit-penyakit
tersebut.
Dalam satu penyelidikan yang dijalankan
oleh Professor Beasley dan rakannya, 20 orang dewasa yang sihat memakai garment
di sebelah kaki selama 120 minit, manakala sebelah kaki lagi menjadi sebagai
kawalan. Selepas 120minit, Doppler ultrasound digunakan untuk memeriksa
peredaran darah dan saliran limfa. Kajian ini menunjukkkan keberkesanan
Compression garment dalam meningkatkan peredaran darah badan.
LS-1
‘’suitcase’’ untuk memantau keadaan pesakit yang memerlukan rawatan rapi
LS-1 adalah peranti mudah alih yang sering digunakan
dalam keadaan penjagaan kritikal seperti dalam intensive care unit (ICU) dan
emergency department. Ia mengandungi pelbagai jenis alat pemantau untuk
memantau tekanan darah, nadi, pernafasan, suhu badan, alat membantu pernafasan
seperti ventilator, alat untuk memasukkan ubat ke badan pesakit secara
automatic seperti pam infuse dan alat untuk memanaskan cecair ke paras suhu
badan sebelum memasukkan ke dalam darah. Peranti ini memudahkan kerja-kerja
permantauan doktor-doktor dan jururawat dalam mengawasi keadaan pesakit dan
dapat mengesan kemerosotan kesihatan pesakit dengan awal supaya rawatan boleh
diberi dengan cepat.
Screening
Device untuk mengenal pastikan kanser mulut
Identafi Oral Cancer Screening Device ini diciptakan
untuk memeriksa sel-sel mulut samada berpotensi untuk mendapat kanser mulut. Peranti
ini membolehkan visualisasi pada keabnormalan mukosa mulut di mana tidak boleh
dikesan oleh mata kasar. Ia menggunakan cahaya multispectral untuk membezakan
morfologi dan vasculature luka mulut dalam mengesan sama ada luka itu
berpotensi menjadi kanser mulut atau displasia premalignant.
Device ini sangat berguna dalam membantu doktor gigi
untuk mengesan kanser mulut pada peringkat yang awal. Ini akan mengelakkan
penyebaran sel-sel kanser dari mulut ke organ-organ badan yang lain dan
menyebabkan kematian.
GORE® Hybrid Vascular Graft
GORE® Hybrid
Vascular Graft merupakan sejenis saluran darah tiruan yang diperbuat daripada polytetrafluoroethylene
(ePTFE). Ia digunakan untuk mengantikan saluran darah dalam badan yang telah
rosak atau yang berpenyakit secara kekal. Ia juga digunakan sebagai akses
dialisis bagi pesakit yang mempunyai buah pinggang yang rosak dan memerlukan
proses dialysis berpanjang hayat.
Selain daripada itu,
vascular graft ini juga amat berguna dalam aortic debranching dan prosedur
arteri bypass. Salah satu prosedur arteri bypass yang biasa didengar adalah
coronary arteri bypass graft (CABG), iaitu prosedur yang melancarkan balik
circulasi dalam jantung bagi pesakit yang saluran darah dalam jantungnya telah
tersumbat.
Katil robotik untuk memudahkan pesakit yang tidak boleh
bergerak badannya
Seperti yang
ditunjukkan dalam gambar di atas, katil robotik ini merupakan robot berbentuk
katil yang boleh megubah menjadi kerusi roda. Transformasi ini dapat dilakukan
tanpa memerlukan pengalihan pesakit daripada katil ke kerusi roda atau daripada
kerusi roda ke katil. Ia direka untuk membantu pesakit yang mempunyai pegerakan
terhad untuk mengekalkan gaya hidup yang lebih bebas, mengurangkan keperluan
bantuan dan meningkatkan tahap pergerakan mereka dengan bantuan katil robotik
ini. Dengan bantuan katil robotik ini, pesakit boleh bersama keluarganya melakukan
aktiviti bersama seperti makan bersama, menonton televisyen bersama.
Selain itu,
katil robotik ini juga dapat mengurangkan berlakunya kemalangan seperti kes
jatuh semasa pesakit hendak beralihkan diri dari katil ke kerusi roda ataupun
sebaliknya.
Tambahan pula,
katil robotik ini juga mempunyai Konopi Robotik, skrin televisyen, peralatan
kawalan operasi katil dan kamera keselamatan yang dapat dihubungkan dengan
rangkaian di dalam rumah. Dengan kamera keselamatan ini, ahli keluarga lain
boleh memantau keadaan pesakit dari semasa ke semasa dari jauh.