Ini adalah salah satu kajian yang kami jalankan untuk subjek ini.
Thursday, June 12, 2014
Thursday, June 5, 2014
Tuesday, May 27, 2014
Hasil kreativiti saya -- alat permainan bayi~
Halo semua, ini adalah hasil BBM bukan elektronik saya. Hasil saya ini adalah sebuah alat permainan untuk bayi dan juga kanak-kanak kecil. Alat permainan ini diperbuat daripada kotak kosong, tali-tali berwarna-warni (dikeluarkan daripada bag-bag kertas), kulit kotak, kertas hadiah, kipas tangan, rol kosong kertas tandas, gelang getah, penutup botol, kertas majalah, kertas warna.
Alat permainan ini sentiasa digantungkan di atas bayi yang berbaring, iaitu bayi yang tidak boleh berduduk, berdiri atau berjalan lagi. Walaupun pada masa ini bayi belum lagi matang dan mampu berduduk ataupun berjalan, tapi bayi sudah mempunyai deria untuk mendengar, melihat (terutamanya benda-benda yang berwarna-warni), dan mengangkat tangannya untuk menyentuh.
Alat permainan ini sentiasa digantungkan di atas bayi yang berbaring, iaitu bayi yang tidak boleh berduduk, berdiri atau berjalan lagi. Walaupun pada masa ini bayi belum lagi matang dan mampu berduduk ataupun berjalan, tapi bayi sudah mempunyai deria untuk mendengar, melihat (terutamanya benda-benda yang berwarna-warni), dan mengangkat tangannya untuk menyentuh.
Barang-barang yang digunakan
Hasil separuh
Alat permainan bayi dan kanak-kanak
Lihat daripada sudut atas
Lihat daripada sudut bawah
Alat permainan ini membantu merangsangkan deria bayi dari segi pendengaran, penglihatan dan juga penyentuhan. Ia terdiri daripada benda-benda yang berwarna-warni, dan ada juga benda yang boleh
mengeluarkan bunyi kalau digerakkan/digoncangkan.
Hasil ini amat membantu bayi-bayi dalam pertumbuhan dan perkembangan sensori dan juga perkembangan
dari segi motor.
Sekian terima kasih.
Saturday, May 24, 2014
JURURAWAT -- ''KERJA UNTUK KERJA''
Adakah anda biasa dengar jururawat-jururawat mengadu tentang mereka bosan bekerja?? Penat bekerja??
Letih?? Tak ada masa nak sembang dengan pesakit sebab sangat sibuk?? Tak siap kerja lagi lah?? Pesakit mengada-ngada saja?? Tidak
cukup jururawat?? Tidak bersemangat untuk bekerja??
Sebagai seorang pelajar jururawat, saya menggunakan
sekurang-kurangnya 10 minggu untuk praktikal dalam hospital setiap semester. Dan
dalam setiap semester, saya akan bertugas di wad-wad yang berbeza dan bekerjasama
dengan para jururawat yang berbeza. Jadi, kadang kala saya akan terdengar perkataan-perkataan
dan ayat-ayat sebegini. Sudah tentulah, kebanyakan jururawat yang saya temui
adalah jururawat yang baik, bertanggungjawab and prihatin terhadap pesakit
mereka.
Isu yang saya ingin bincangkan adalah apakah penyebab yang mendorong sesetengah
jururawat ke arah – ‘‘kerja untuk kerja’’ sahaja, perasaan prihatin dan
penyayang terhadap pesakit semakin berkurang dalam kalangan mereka.
Penyebab pertama adalah kebebanan
kerja yang berat dipikul oleh seseorang jururawat terlatih. Sebagai seorang
jururawat terlatih, pada setiap hari dan setiap syif, berbagai-bagai kerja perlu
disiapkan dalam masa 7 jam (syif pagi: 7 pagi sampai 2 petang, syif petang: 2
petang sampai 9 malam, syif malam: 9 malam sampai 7 pagi). Jururawat terlatih akan
mula syif mereka dengan ‘’pass over report’’ daripada jururawat syif
sebelumnya. Mereka perlu diberitahu tentang keadaan
semasa pesakit, rawatan yang telah diterima oleh pesakit, jaga rawatan selepas
prosedur, pesanan daripada doktor dan sebagainya. Selepas itu, jururawat perlu menukarkan
cadar dan mengemaskan katil setiap pesakit. Bagi pesakit yang tidak boleh
bergerak dan berjalan, jururawat perlu membersihkan badan pesakit atas katil,
menukar lampin dan juga baju yang bersih. (Dalam wad-wad perubatan, biasanya seorang
jururawat akan menjaga enam orang pesakit setiap syif.) Selepas itu, jururawat
perlu mengambil dan mengawas tanda-tanda penting (vital sign) setiap pesakit seperti
tekanan darah, suhu badan, kadar pernafasan dan kadar nadi, menyediakan dan memberi
ubat serta mencuci luka pesakit. Bagi pesakit yang ada masalah untuk menelan
atau mencerna, jururawat juga perlu menyediakan dan memberi susu mengikut
laluan tiub yang disediakan.
Selain daripada itu, seseorang jururawatan
perlu ‘’ward-round’’ (memeriksa dan merancang rawatan bagi setiap pesakit)
sekali dengan doktor-doktor, menjawab soalan-soalan yang ditanya oleh doktor
tentang pesakit dan bekerjasama dengan doktor untuk memberi rawatan yang paling
efektif kepada pesakit. Setelah ‘’ward-round’’, jururawat perlu melaksanakan semua
jagarawatan yang telah dirancangkan seperti mencucikan luka pesakit, menukar tiub makan
pesakit, memasukkan atau mengeluarkan tiub untuk membuang air kecil, menghantar
pesakit untuk mengambil x-ray, CT scan dan sebagainya.
Beban kerja jururawat
yang banyak dan meletihkan adalah salah satu punca yang menyebabkan jururawat
kurang masa dan tenaga untuk memberi prihatin dan sokongan mental terhadap
pesakit yang dijaga. Mereka menghadapi masalah kekurangan masa untuk menduduk
dan menyembang dengan pesakit secara tenang dan relaks.
Penyebab kedua yang
mendorong ke arah ‘’kerja untuk kerja sahaja’’ adalah sesetengah jururawat
sudah berasa bosan terhadap kerjanya
sebagai seorang jururawat. Rutin kerja yang berulang-ulang setiap hari sangat
membosankan sesetengah jururawat terutamanya golongan jururawat yang sudah lama
berkhidmat. Satu kajian daripada University
of Maryland menyatakan bahawa 87% pekerja yang berkhidmat dalam pekerjaan yang
sama lebih daripada 5 tahun akan menjadi bosan terhadap pekerjaannya dan akan
menyebabkan pekerja itu kurang bersemangat semasa bekerja. Daripada para jururawat
yang saya kenal, saya pernah bertanya beberapa orang jururawat terlatih yang
sudah bekerja lebih daripada 5 tahun dalam wad yang sama tentang perasaan
mereka terhadap kerja sebagai jururawat. Lebih kurang separuh daripada mereka memang
mengakui bahawa sudah rasa bosan terhadap kerjanya dan perasaan kasih sayang dan
prihatin terhadap pesakit pun semakin berkurangan. Penyataan daripada sesetengah
jururawat, kerja adalah untuk mendapat gaji setiap bulan dan meneruskan
kehidupan mereka. Sesetengah daripada mereka pula kata kerja macam robot, sibuk
kerja setiap hari, lepas kerja balik rumah sudah letih dari segi fizikal dan
mental.
Antara langkah-langkah
yang boleh dilakukan oleh seseorang jururawat untuk mengelakkan daripada
kebosanan terhadap pekerjaannya adalah seperti berikut:
1. Pertama,
jururawat yang sudah lama berkhidmat dalam wad/displin yang sama boleh cuba memohon
untuk bertukar ke wad/displin yang
berbeza. Dengan pertukaran ini, seseorang jururawat itu boleh belajar kemahiran
dan pengetahuan yang baru di tempat dan displin yang berbeza. Sebagai
contohnya, seorang jururawat yang sudah 10 tahun bekerja di wad onkologi boleh
memohon untuk bertukar ke wad psikiatri untuk belajar ilmu-ilmu yang baru
tentang penyakit mental seperti kemurungan, penyakit skizofrenia dan lain-lain
lagi. Ini akan memberi peluang yang baik untuk menambah ilmu dan meneruskan
minat dan semangat seseorang jururawat dalam kerjayanya.
2. Kedua,
jururawat yang sudah mempunyai pengalaman klinikal yang mencukupi boleh melanjutkan pelajaran daripada peringkat
diploma ke ijazah, sehingga ke doktor falsafah. Selepas mendapat
ijazah, jururawat klinikal tersebut boleh menuju ke arah akademik untuk menjadi tutor atau pensyarah kepada
pelajar jururawat. Sekiranya seseorang jururawat itu tidak minat dapat bahagian
akademik, dia juga boleh meneruskan kerjayanya dalam bahagian pengurusan seperti
menjadi ketua jururawat, pengurus wad-wad ataupun melibatkan diri dalam peringkat
atasan pengurusan hospital. Selain daripada itu, seseorang jururawat juga boleh
memilih untuk khusus dalam bidang tertentu seperti kebidanan, kecemasan,
anaesthesia, perawatan gerontology, perawatan oftalmik, perawatan onkologi,
perawatan ortopedik, perawatan koronari, perawatan neonat, diabetes, forensic,
kawalan infeksi dan sebagainya.
3. Ketiga,
seseorang jururawat yang sudah bosan dan merasa keletihan dari segi fizikal dan
mental terhadap pekerjaannya boleh bercuba untuk melancong dengan keluarganya ataupun kawan-kawannya untuk
merehatkan badan. Bak kata pepatah, otak
yang cerdas lahir dari badan yang cergas. Berbincang dengan ketua jururawat
wad dan cuba untuk memohon cuti (dua atau tiga hari pun sudah cukup) dan menggunakan
cuti itu untuk menyegarkan badan dan minda.
4. Keempat,
sentiasa mengingatkan Tuhan
yang mencipta kita. Tuhan mengajarkan kita supaya sayang antara satu sama lain.
Sebagai jururawat, kita mempunyai peluang yang banyak untuk menunjukkan sifat kasih
sayang dan prihatin terhadap orang lain terutamanya pesakit yang mengalami
kesakitan, kerisauan dan ketakutan serta ahli keluarga pesakit. Oleh itu,
cubalah sayang orang lain seperti Tuhan sayang kita.
5. Kelima,
jangan lupa semangat dan niat baik
semasa mula-mula ingin menjadi seorang jururawat. Sentiasa mengingatkan niat
yang ingin membantu orang yang sakit, orang yang dalam sengsara dan berkongsikan
kasih sayang dan ilmu yang ada dengan orang yang perlu.
When you feel like quitting, think about why you started!
Wednesday, May 21, 2014
10 VIDEO TEKNOLOGI DAN INOVASI
1) Robotic sensor glove to aid in detection of breast cancer
2) Robotic Lobectomy
3) First person in the UK to get iLimb prosthetic arm
4) Hair clip inspires clamp device controls traumatic bleeding
5) Innovative Products Unlimited Chair Options
6) Micro robot aids surgery
7) New Hemorrhoid Stapling Technology
8) Electronic Tattoo Monitors Brain, Heart and Muscles
9) Noninvasive Glucose Monitor Concept
10) Immupatch - Injection without needle
10 GAMBAR TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM BIDANG KESIHATAN
King Vision video laryngoscope adalah alat yang digunakan semasa
intubasi saluran pernafasan pada keadaan kecemasan and bawah penjagaan
kritikal. Alat ini memudahkan proses intubasi kerana ia mempunyai digital video
yang memperbolehkan doktor-doktor melihat keadaan dalam saluran penafasan
pesakit semasa memasukkan tiub penafasan. Alat ini ringan dan senang dikendalikan
dengan reka bentuk yang sesuai. Kamera di hujung alat ini membenarkan
doktor-doktor mempunyai pandangan yang jelas terhadap struktur-struktur dalam
saluran penafasan dan boleh mengelakkan daripada merosakkan tisu-tisu lembut sekeliling.
Selain itu, dengan sensor glukosa ini, pesakit kencing
manis tidak perlu lagi merasa kesakitan cucuk hujung jari setiap hari untuk memeriksa
paras gula darah dan ini juga dapat mengurangkan risiko jangkitan kuman pada
pesakit kencing manis.
Nanonuklear teknologi
telah digunakan dalam pelbagai cabang dalam bidang perubatan. Antaranya ialah
pengimejan perubatan MRI (Magnetic Resonance Imaging) merupakan salah satu
teknologi yang menggunakan teknologi nanonuklear. MRI merujuk kepada kaedah
penghasilan imej organ dalaman organisma hidup seperti manusia melalui
penggunaan partikel nano dan daya magnet yang kuat mengelilingi badan. Imej
yang dihasilkan dapat memberi gambaran 1000 kali lebih jelas berbanding dengan
bahan kontras(pewarna). Selain itu, imej tersebut dapat diambil daripada
pelbagai dimensi atau sudut. MRI tidak mendedahkan pesakit kepada radiasi. MRI
membantu doktor melakukan kerja-kerja diagnostik penyakit dengan lebih mudah,
cepat, jelas dan tepat.
C2 Driver
memberi kebebasan bergerak kepada pesakit yang mempunyai jantung tiruan
Companion
2 (C2) Driver System adalah sistem mudah alik yang
direka untuk membantu pesakit yang mempunyai jantung tiruan untuk bergerak
dengan lebih senang dan bebas. Ia mempunyai 3 jenis reka bentuk untuk fungsi
yang berbeza.
a)
Hospital Cart- membantu pesakit dalam berdiri dan berjalan pada
pemulihan awal
b)
Driver Caddy- selepas pesakit boleh bergerak dan berjalan, C2
Driver boleh diletakkan dalam Driver Caddy untuk memberi kebebasan molitili
yang lebih. Ia senang dibawa kerana mempunyai roda.
c)
Freedom portable driver- ringan dan senang dibawa ke mana-mana,
berat cuma 13.5pound. Pesakit yang dibenarkan keluar dari hospital boleh balik
rumah dengan C2 Driver System ini untuk menunggu jantung derma yang bersesuaian
di rumah atau komuniti sendiri.
Dengan adanya driver mudah alik ini, pesakit yang mempunyai
jantung tiruan tidak perlu lagi sentiasa tinggal dalam hospital and mempunyai
pergerakan yang terhad. Ini secara langsung akan meningkatkan kualiti kehidupan
seorang pesakit jantung.
Planmed Verity® Extremity
Scanner
Planmed Verity® Extremity Scanner adalah
peranti radiological dan elektromechanikal mudah alik yang digunakan untuk
mengesan patah tulang. Ia berkesan untuk menangkap patah tulang kaki yang halus
dan kecil mana sentiasa terlepas daripada 2-dimensi imej. Ia menggunakan
3-dimensi imej dan mengeluarkan dos radiasi yang rendah daripada CT scan
seluruh badan.
Ia bertujuan untuk imej pra-operasi dan
pos-operasi dengan resolusi yang lebih baik dan dos radiasi yang lebih rendah. Selain
itu, , Planmed Verity boleh menyesuaikan diri dengan pesakit menggunakan program
pengimejan anatomi khusus dan kemudahan pergerakan mesin.
Dengan imbasan yang lebih teliti,
seseorang yang mempunyai patah tulang yang halus boleh dikesan dan diberi
rawatan pada peringkat yang awal untuk mengelakkan keadaan patah tulang dikesan
selepas ia menjadi serius.
Merino wool compression
garments
Compression garments merupakan salah satu therapi yang dikenali sebagai ‘Encircle Compression Therapy’, iaitu therapi yang menggunakan mampatan untuk mengelilingi kaki. Tujuan therapi ini adalah untuk meningkatkan peredaran darah badan terutamanya di bahagian kaki.
Lebih daripada 40% orang yang berumur 45 ke
atas mengalami masalah peredaran darah seperti tekanan darah tinggi, venous
stasis, varicose vein, deep vein thrombosis (DVT) dan penyakit kronik vena.
Oleh itu, encircle compression garment ini amat penting dalam membantu
peredaran darah yang lebih efektif untuk mengelakkan daripada penyakit-penyakit
tersebut.
Dalam satu penyelidikan yang dijalankan
oleh Professor Beasley dan rakannya, 20 orang dewasa yang sihat memakai garment
di sebelah kaki selama 120 minit, manakala sebelah kaki lagi menjadi sebagai
kawalan. Selepas 120minit, Doppler ultrasound digunakan untuk memeriksa
peredaran darah dan saliran limfa. Kajian ini menunjukkkan keberkesanan
Compression garment dalam meningkatkan peredaran darah badan.
LS-1
‘’suitcase’’ untuk memantau keadaan pesakit yang memerlukan rawatan rapi
LS-1 adalah peranti mudah alih yang sering digunakan
dalam keadaan penjagaan kritikal seperti dalam intensive care unit (ICU) dan
emergency department. Ia mengandungi pelbagai jenis alat pemantau untuk
memantau tekanan darah, nadi, pernafasan, suhu badan, alat membantu pernafasan
seperti ventilator, alat untuk memasukkan ubat ke badan pesakit secara
automatic seperti pam infuse dan alat untuk memanaskan cecair ke paras suhu
badan sebelum memasukkan ke dalam darah. Peranti ini memudahkan kerja-kerja
permantauan doktor-doktor dan jururawat dalam mengawasi keadaan pesakit dan
dapat mengesan kemerosotan kesihatan pesakit dengan awal supaya rawatan boleh
diberi dengan cepat.
Screening
Device untuk mengenal pastikan kanser mulut
Identafi Oral Cancer Screening Device ini diciptakan untuk memeriksa sel-sel mulut samada berpotensi untuk mendapat kanser mulut. Peranti ini membolehkan visualisasi pada keabnormalan mukosa mulut di mana tidak boleh dikesan oleh mata kasar. Ia menggunakan cahaya multispectral untuk membezakan morfologi dan vasculature luka mulut dalam mengesan sama ada luka itu berpotensi menjadi kanser mulut atau displasia premalignant.
Device ini sangat berguna dalam membantu doktor gigi
untuk mengesan kanser mulut pada peringkat yang awal. Ini akan mengelakkan
penyebaran sel-sel kanser dari mulut ke organ-organ badan yang lain dan
menyebabkan kematian.
GORE® Hybrid Vascular Graft
GORE® Hybrid
Vascular Graft merupakan sejenis saluran darah tiruan yang diperbuat daripada polytetrafluoroethylene
(ePTFE). Ia digunakan untuk mengantikan saluran darah dalam badan yang telah
rosak atau yang berpenyakit secara kekal. Ia juga digunakan sebagai akses
dialisis bagi pesakit yang mempunyai buah pinggang yang rosak dan memerlukan
proses dialysis berpanjang hayat.
Selain daripada itu,
vascular graft ini juga amat berguna dalam aortic debranching dan prosedur
arteri bypass. Salah satu prosedur arteri bypass yang biasa didengar adalah
coronary arteri bypass graft (CABG), iaitu prosedur yang melancarkan balik
circulasi dalam jantung bagi pesakit yang saluran darah dalam jantungnya telah
tersumbat.
Katil robotik untuk memudahkan pesakit yang tidak boleh
bergerak badannya
Seperti yang ditunjukkan dalam gambar di atas, katil robotik ini merupakan robot berbentuk katil yang boleh megubah menjadi kerusi roda. Transformasi ini dapat dilakukan tanpa memerlukan pengalihan pesakit daripada katil ke kerusi roda atau daripada kerusi roda ke katil. Ia direka untuk membantu pesakit yang mempunyai pegerakan terhad untuk mengekalkan gaya hidup yang lebih bebas, mengurangkan keperluan bantuan dan meningkatkan tahap pergerakan mereka dengan bantuan katil robotik ini. Dengan bantuan katil robotik ini, pesakit boleh bersama keluarganya melakukan aktiviti bersama seperti makan bersama, menonton televisyen bersama.
Selain itu,
katil robotik ini juga dapat mengurangkan berlakunya kemalangan seperti kes
jatuh semasa pesakit hendak beralihkan diri dari katil ke kerusi roda ataupun
sebaliknya.
Tambahan pula,
katil robotik ini juga mempunyai Konopi Robotik, skrin televisyen, peralatan
kawalan operasi katil dan kamera keselamatan yang dapat dihubungkan dengan
rangkaian di dalam rumah. Dengan kamera keselamatan ini, ahli keluarga lain
boleh memantau keadaan pesakit dari semasa ke semasa dari jauh.
Subscribe to:
Posts (Atom)