Tuesday, May 27, 2014

Hasil kreativiti saya -- alat permainan bayi~

Halo semua, ini adalah hasil BBM bukan elektronik saya. Hasil saya ini adalah sebuah alat permainan untuk bayi dan juga kanak-kanak kecil. Alat permainan ini diperbuat daripada kotak kosong, tali-tali berwarna-warni (dikeluarkan daripada bag-bag kertas), kulit kotak, kertas hadiah, kipas tangan, rol kosong kertas tandas, gelang getah, penutup botol, kertas majalah, kertas warna.

Alat permainan ini sentiasa digantungkan di atas bayi yang berbaring, iaitu bayi yang tidak boleh berduduk, berdiri atau berjalan lagi. Walaupun pada masa ini bayi belum lagi matang dan mampu berduduk ataupun berjalan, tapi bayi sudah mempunyai deria untuk mendengar, melihat (terutamanya benda-benda yang berwarna-warni), dan mengangkat tangannya untuk menyentuh.
 


 Barang-barang yang digunakan

 Hasil separuh





 Alat permainan bayi dan kanak-kanak



 Lihat daripada sudut atas

Lihat daripada sudut bawah

Alat permainan ini membantu merangsangkan deria bayi dari segi pendengaran, penglihatan dan juga penyentuhan. Ia terdiri daripada benda-benda yang berwarna-warni, dan ada juga benda yang boleh 
mengeluarkan bunyi kalau digerakkan/digoncangkan.

Hasil ini amat membantu bayi-bayi dalam pertumbuhan dan perkembangan sensori dan juga perkembangan
dari segi motor.

Sekian terima kasih.

Saturday, May 24, 2014

JURURAWAT -- ''KERJA UNTUK KERJA''


Adakah anda biasa dengar jururawat-jururawat  mengadu tentang mereka bosan bekerja?? Penat bekerja?? Letih?? Tak ada masa nak sembang dengan pesakit sebab sangat sibuk?? Tak siap kerja lagi lah?? Pesakit mengada-ngada saja?? Tidak cukup jururawat?? Tidak bersemangat untuk bekerja??


Sebagai seorang pelajar jururawat, saya menggunakan sekurang-kurangnya 10 minggu untuk praktikal dalam hospital setiap semester. Dan dalam setiap semester, saya akan bertugas di wad-wad yang berbeza dan bekerjasama dengan para jururawat yang berbeza. Jadi, kadang kala saya akan terdengar perkataan-perkataan dan ayat-ayat sebegini. Sudah tentulah, kebanyakan jururawat yang saya temui adalah jururawat yang baik, bertanggungjawab and prihatin terhadap pesakit mereka. 

Isu yang saya ingin bincangkan adalah apakah penyebab yang mendorong sesetengah jururawat ke arah – ‘‘kerja untuk kerja’’ sahaja, perasaan prihatin dan penyayang terhadap pesakit semakin berkurang dalam kalangan mereka.

Penyebab pertama adalah kebebanan kerja yang berat dipikul oleh seseorang jururawat terlatih. Sebagai seorang jururawat terlatih, pada setiap hari dan setiap syif, berbagai-bagai kerja perlu disiapkan dalam masa 7 jam (syif pagi: 7 pagi sampai 2 petang, syif petang: 2 petang sampai 9 malam, syif malam: 9 malam sampai 7 pagi). Jururawat terlatih akan mula syif mereka dengan ‘’pass over report’’ daripada jururawat syif sebelumnya. Mereka perlu diberitahu tentang keadaan semasa pesakit, rawatan yang telah diterima oleh pesakit, jaga rawatan selepas prosedur, pesanan daripada doktor dan sebagainya. Selepas itu, jururawat perlu menukarkan cadar dan mengemaskan katil setiap pesakit. Bagi pesakit yang tidak boleh bergerak dan berjalan, jururawat perlu membersihkan badan pesakit atas katil, menukar lampin dan juga baju yang bersih. (Dalam wad-wad perubatan, biasanya seorang jururawat akan menjaga enam orang pesakit setiap syif.) Selepas itu, jururawat perlu mengambil dan mengawas tanda-tanda penting (vital sign) setiap pesakit seperti tekanan darah, suhu badan, kadar pernafasan dan kadar nadi, menyediakan dan memberi ubat serta mencuci luka pesakit. Bagi pesakit yang ada masalah untuk menelan atau mencerna, jururawat juga perlu menyediakan dan memberi susu mengikut laluan tiub yang disediakan.






Selain daripada itu, seseorang jururawatan perlu ‘’ward-round’’ (memeriksa dan merancang rawatan bagi setiap pesakit) sekali dengan doktor-doktor, menjawab soalan-soalan yang ditanya oleh doktor tentang pesakit dan bekerjasama dengan doktor untuk memberi rawatan yang paling efektif kepada pesakit. Setelah ‘’ward-round’’, jururawat perlu melaksanakan semua jagarawatan yang telah dirancangkan seperti mencucikan luka pesakit, menukar tiub makan pesakit, memasukkan atau mengeluarkan tiub untuk membuang air kecil, menghantar pesakit untuk mengambil x-ray, CT scan dan sebagainya.


Beban kerja jururawat yang banyak dan meletihkan adalah salah satu punca yang menyebabkan jururawat kurang masa dan tenaga untuk memberi prihatin dan sokongan mental terhadap pesakit yang dijaga. Mereka menghadapi masalah kekurangan masa untuk menduduk dan menyembang dengan pesakit secara tenang dan relaks.


Penyebab kedua yang mendorong ke arah ‘’kerja untuk kerja sahaja’’ adalah sesetengah jururawat sudah berasa bosan terhadap kerjanya sebagai seorang jururawat. Rutin kerja yang berulang-ulang setiap hari sangat membosankan sesetengah jururawat terutamanya golongan jururawat yang sudah lama berkhidmat.  Satu kajian daripada University of Maryland menyatakan bahawa 87% pekerja yang berkhidmat dalam pekerjaan yang sama lebih daripada 5 tahun akan menjadi bosan terhadap pekerjaannya dan akan menyebabkan pekerja itu kurang bersemangat semasa bekerja. Daripada para jururawat yang saya kenal, saya pernah bertanya beberapa orang jururawat terlatih yang sudah bekerja lebih daripada 5 tahun dalam wad yang sama tentang perasaan mereka terhadap kerja sebagai jururawat. Lebih kurang separuh daripada mereka memang mengakui bahawa sudah rasa bosan terhadap kerjanya dan perasaan kasih sayang dan prihatin terhadap pesakit pun semakin berkurangan. Penyataan daripada sesetengah jururawat, kerja adalah untuk mendapat gaji setiap bulan dan meneruskan kehidupan mereka. Sesetengah daripada mereka pula kata kerja macam robot, sibuk kerja setiap hari, lepas kerja balik rumah sudah letih dari segi fizikal dan mental.


Antara langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh seseorang jururawat untuk mengelakkan daripada kebosanan terhadap pekerjaannya adalah seperti berikut:

1.   Pertama, jururawat yang sudah lama berkhidmat dalam wad/displin yang sama boleh cuba memohon untuk bertukar ke wad/displin yang berbeza. Dengan pertukaran ini, seseorang jururawat itu boleh belajar kemahiran dan pengetahuan yang baru di tempat dan displin yang berbeza. Sebagai contohnya, seorang jururawat yang sudah 10 tahun bekerja di wad onkologi boleh memohon untuk bertukar ke wad psikiatri untuk belajar ilmu-ilmu yang baru tentang penyakit mental seperti kemurungan, penyakit skizofrenia dan lain-lain lagi. Ini akan memberi peluang yang baik untuk menambah ilmu dan meneruskan minat dan semangat seseorang jururawat dalam kerjayanya.





2.   Kedua, jururawat yang sudah mempunyai pengalaman klinikal yang mencukupi boleh melanjutkan pelajaran daripada peringkat diploma ke ijazah, sehingga ke doktor falsafah. Selepas mendapat ijazah, jururawat klinikal tersebut boleh menuju ke arah akademik  untuk menjadi tutor atau pensyarah kepada pelajar jururawat. Sekiranya seseorang jururawat itu tidak minat dapat bahagian akademik, dia juga boleh meneruskan kerjayanya dalam bahagian pengurusan seperti menjadi ketua jururawat, pengurus wad-wad ataupun melibatkan diri dalam peringkat atasan pengurusan hospital. Selain daripada itu, seseorang jururawat juga boleh memilih untuk khusus dalam bidang tertentu seperti kebidanan, kecemasan, anaesthesia, perawatan gerontology, perawatan oftalmik, perawatan onkologi, perawatan ortopedik, perawatan koronari, perawatan neonat, diabetes, forensic, kawalan infeksi dan sebagainya.




3.   Ketiga, seseorang jururawat yang sudah bosan dan merasa keletihan dari segi fizikal dan mental terhadap pekerjaannya boleh bercuba untuk melancong dengan keluarganya ataupun kawan-kawannya untuk merehatkan badan. Bak kata pepatah, otak yang cerdas lahir dari badan yang cergas. Berbincang dengan ketua jururawat wad dan cuba untuk memohon cuti (dua atau tiga hari pun sudah cukup) dan menggunakan cuti itu untuk menyegarkan badan dan minda.









4.   Keempat, sentiasa mengingatkan Tuhan yang mencipta kita. Tuhan mengajarkan kita supaya sayang antara satu sama lain. Sebagai jururawat, kita mempunyai peluang yang banyak untuk menunjukkan sifat kasih sayang dan prihatin terhadap orang lain terutamanya pesakit yang mengalami kesakitan, kerisauan dan ketakutan serta ahli keluarga pesakit. Oleh itu, cubalah sayang orang lain seperti Tuhan sayang kita.










5.   Kelima, jangan lupa semangat dan niat baik semasa mula-mula ingin menjadi seorang jururawat. Sentiasa mengingatkan niat yang ingin membantu orang yang sakit, orang yang dalam sengsara dan berkongsikan kasih sayang dan ilmu yang ada dengan orang yang perlu.





When you feel like quitting, think about why you started!





Wednesday, May 21, 2014

10 VIDEO TEKNOLOGI DAN INOVASI


1) Robotic sensor glove to aid in detection of breast cancer




2) Robotic Lobectomy



3) First person in the UK to get iLimb prosthetic arm



4) Hair clip inspires clamp device controls traumatic bleeding



5) Innovative Products Unlimited Chair Options



6) Micro robot aids surgery



7) New Hemorrhoid Stapling Technology



8) Electronic Tattoo Monitors Brain, Heart and Muscles



9) Noninvasive Glucose Monitor Concept



10) Immupatch - Injection without needle



10 GAMBAR TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM BIDANG KESIHATAN



Video Laryngoscope- alat membantu proses intubasi



King Vision video laryngoscope adalah alat yang digunakan semasa intubasi saluran pernafasan pada keadaan kecemasan and bawah penjagaan kritikal. Alat ini memudahkan proses intubasi kerana ia mempunyai digital video yang memperbolehkan doktor-doktor melihat keadaan dalam saluran penafasan pesakit semasa memasukkan tiub penafasan. Alat ini ringan dan senang dikendalikan dengan reka bentuk yang sesuai. Kamera di hujung alat ini membenarkan doktor-doktor mempunyai pandangan yang jelas terhadap struktur-struktur dalam saluran penafasan dan boleh mengelakkan daripada merosakkan tisu-tisu lembut sekeliling.


Enlite Sensor Serter membantu dalam pemantauan glukosa dalam darah



Glucose Sensor Serter digunakan untuk memasukkan sensor glukosa ke dalam kulit (intradermal). Sensor glukosa yang dimasukkan ke dalam kulit dapat memantau glukosa dalam darah secara berterusan. Ini akan membantu dalam pengawasan glukosa darah dan memudahkan doktor-doktor semasa preskripsi ubat.
Selain itu, dengan sensor glukosa ini, pesakit kencing manis tidak perlu lagi merasa kesakitan cucuk hujung jari setiap hari untuk memeriksa paras gula darah dan ini juga dapat mengurangkan risiko jangkitan kuman pada pesakit kencing manis.



Nuclear Magnetic Resonance (NMR)



Nanonuklear teknologi telah digunakan dalam pelbagai cabang dalam bidang perubatan. Antaranya ialah pengimejan perubatan MRI (Magnetic Resonance Imaging) merupakan salah satu teknologi yang menggunakan teknologi nanonuklear. MRI merujuk kepada kaedah penghasilan imej organ dalaman organisma hidup seperti manusia melalui penggunaan partikel nano dan daya magnet yang kuat mengelilingi badan. Imej yang dihasilkan dapat memberi gambaran 1000 kali lebih jelas berbanding dengan bahan kontras(pewarna). Selain itu, imej tersebut dapat diambil daripada pelbagai dimensi atau sudut. MRI tidak mendedahkan pesakit kepada radiasi. MRI membantu doktor melakukan kerja-kerja diagnostik penyakit dengan lebih mudah, cepat, jelas dan tepat.



C2 Driver memberi kebebasan bergerak kepada pesakit yang mempunyai jantung tiruan


 

 

Companion 2 (C2) Driver System adalah sistem mudah alik yang direka untuk membantu pesakit yang mempunyai jantung tiruan untuk bergerak dengan lebih senang dan bebas. Ia mempunyai 3 jenis reka bentuk untuk fungsi yang berbeza.
a)   Hospital Cart- membantu pesakit dalam berdiri dan berjalan pada pemulihan awal
b)   Driver Caddy- selepas pesakit boleh bergerak dan berjalan, C2 Driver boleh diletakkan dalam Driver Caddy untuk memberi kebebasan molitili yang lebih. Ia senang dibawa kerana mempunyai roda.
c)   Freedom portable driver- ringan dan senang dibawa ke mana-mana, berat cuma 13.5pound. Pesakit yang dibenarkan keluar dari hospital boleh balik rumah dengan C2 Driver System ini untuk menunggu jantung derma yang bersesuaian di rumah atau komuniti sendiri.
Dengan adanya driver mudah alik ini, pesakit yang mempunyai jantung tiruan tidak perlu lagi sentiasa tinggal dalam hospital and mempunyai pergerakan yang terhad. Ini secara langsung akan meningkatkan kualiti kehidupan seorang pesakit jantung.



Planmed Verity® Extremity Scanner

 

 


Planmed Verity® Extremity Scanner adalah peranti radiological dan elektromechanikal mudah alik yang digunakan untuk mengesan patah tulang. Ia berkesan untuk menangkap patah tulang kaki yang halus dan kecil mana sentiasa terlepas daripada 2-dimensi imej. Ia menggunakan 3-dimensi imej dan mengeluarkan dos radiasi yang rendah daripada CT scan seluruh badan.
Ia bertujuan untuk imej pra-operasi dan pos-operasi dengan resolusi yang lebih baik dan dos radiasi yang lebih rendah. Selain itu, , Planmed Verity boleh menyesuaikan diri dengan pesakit menggunakan program pengimejan anatomi khusus dan kemudahan pergerakan mesin.
Dengan imbasan yang lebih teliti, seseorang yang mempunyai patah tulang yang halus boleh dikesan dan diberi rawatan pada peringkat yang awal untuk mengelakkan keadaan patah tulang dikesan selepas ia menjadi serius.



Merino wool compression garments


Compression garments merupakan salah satu therapi yang dikenali sebagai ‘Encircle Compression Therapy’, iaitu therapi yang menggunakan mampatan untuk mengelilingi kaki. Tujuan therapi ini adalah untuk meningkatkan peredaran darah badan terutamanya di bahagian kaki.
Lebih daripada 40% orang yang berumur 45 ke atas mengalami masalah peredaran darah seperti tekanan darah tinggi, venous stasis, varicose vein, deep vein thrombosis (DVT) dan penyakit kronik vena. Oleh itu, encircle compression garment ini amat penting dalam membantu peredaran darah yang lebih efektif untuk mengelakkan daripada penyakit-penyakit tersebut.
Dalam satu penyelidikan yang dijalankan oleh Professor Beasley dan rakannya, 20 orang dewasa yang sihat memakai garment di sebelah kaki selama 120 minit, manakala sebelah kaki lagi menjadi sebagai kawalan. Selepas 120minit, Doppler ultrasound digunakan untuk memeriksa peredaran darah dan saliran limfa. Kajian ini menunjukkkan keberkesanan Compression garment dalam meningkatkan peredaran darah badan.


LS-1 ‘’suitcase’’ untuk memantau keadaan pesakit yang memerlukan rawatan rapi


LS-1 adalah peranti mudah alih yang sering digunakan dalam keadaan penjagaan kritikal seperti dalam intensive care unit (ICU) dan emergency department. Ia mengandungi pelbagai jenis alat pemantau untuk memantau tekanan darah, nadi, pernafasan, suhu badan, alat membantu pernafasan seperti ventilator, alat untuk memasukkan ubat ke badan pesakit secara automatic seperti pam infuse dan alat untuk memanaskan cecair ke paras suhu badan sebelum memasukkan ke dalam darah. Peranti ini memudahkan kerja-kerja permantauan doktor-doktor dan jururawat dalam mengawasi keadaan pesakit dan dapat mengesan kemerosotan kesihatan pesakit dengan awal supaya rawatan boleh diberi dengan cepat.




Screening Device untuk mengenal pastikan kanser mulut




Identafi Oral Cancer Screening Device ini diciptakan untuk memeriksa sel-sel mulut samada berpotensi untuk mendapat kanser mulut. Peranti ini membolehkan visualisasi pada keabnormalan mukosa mulut di mana tidak boleh dikesan oleh mata kasar. Ia menggunakan cahaya multispectral untuk membezakan morfologi dan vasculature luka mulut dalam mengesan sama ada luka itu berpotensi menjadi kanser mulut atau displasia premalignant.
Device ini sangat berguna dalam membantu doktor gigi untuk mengesan kanser mulut pada peringkat yang awal. Ini akan mengelakkan penyebaran sel-sel kanser dari mulut ke organ-organ badan yang lain dan menyebabkan kematian.


GORE® Hybrid Vascular Graft




GORE® Hybrid Vascular Graft merupakan sejenis saluran darah tiruan yang diperbuat daripada polytetrafluoroethylene (ePTFE). Ia digunakan untuk mengantikan saluran darah dalam badan yang telah rosak atau yang berpenyakit secara kekal. Ia juga digunakan sebagai akses dialisis bagi pesakit yang mempunyai buah pinggang yang rosak dan memerlukan proses dialysis berpanjang hayat.

Selain daripada itu, vascular graft ini juga amat berguna dalam aortic debranching dan prosedur arteri bypass. Salah satu prosedur arteri bypass yang biasa didengar adalah coronary arteri bypass graft (CABG), iaitu prosedur yang melancarkan balik circulasi dalam jantung bagi pesakit yang saluran darah dalam jantungnya telah tersumbat.



Katil robotik untuk memudahkan pesakit yang tidak boleh bergerak badannya



Seperti yang ditunjukkan dalam gambar di atas, katil robotik ini merupakan robot berbentuk katil yang boleh megubah menjadi kerusi roda. Transformasi ini dapat dilakukan tanpa memerlukan pengalihan pesakit daripada katil ke kerusi roda atau daripada kerusi roda ke katil. Ia direka untuk membantu pesakit yang mempunyai pegerakan terhad untuk mengekalkan gaya hidup yang lebih bebas, mengurangkan keperluan bantuan dan meningkatkan tahap pergerakan mereka dengan bantuan katil robotik ini. Dengan bantuan katil robotik ini, pesakit boleh bersama keluarganya melakukan aktiviti bersama seperti makan bersama, menonton televisyen bersama.
Selain itu, katil robotik ini juga dapat mengurangkan berlakunya kemalangan seperti kes jatuh semasa pesakit hendak beralihkan diri dari katil ke kerusi roda ataupun sebaliknya.

Tambahan pula, katil robotik ini juga mempunyai Konopi Robotik, skrin televisyen, peralatan kawalan operasi katil dan kamera keselamatan yang dapat dihubungkan dengan rangkaian di dalam rumah. Dengan kamera keselamatan ini, ahli keluarga lain boleh memantau keadaan pesakit dari semasa ke semasa dari jauh.